Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Surah Tentang Akhlak (Ayat Al-Quran Berkaitan dengan Akhlak)

Surah Tentang Akhlak (Ayat Al-Quran Berkaitan dengan Akhlak)

 

Keywords: Surah Tentang Akhlak | Surah Berkaitan dengan Akhlak | Ayat Quran Berkaitan dengan Akhlak | Islam Malaysia |

Laman ini memuatkan kandungan yang memberi tumpuan kepada "Surah yang Berkaitan dengan Akhlak". Kandungan laman ini merangkumi teks dalam bahasa Arab berserta terjemahannya, yang memberikan kemudahan kepada individu yang ingin merujuk kepada sumber asas dalam membina dan mengutarakan hujah-hujah berasaskan Al-Quran.

IslamMalaysia.Com
berperanan sebagai medium yang mempersembahkan pelbagai tema dan informasi berkaitan dengan Surah-Surah di dalam Al-Quran. Tujuan utama laman ini ialah untuk menjadi panduan praktikal yang merangkumi aspek amalan, pemikiran, dakwah, dan bidang lain yang berkaitan dengan Islam. Ini adalah sumber yang berharga bagi individu yang ingin mendalami ajaran Al-Quran dan mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari.

Sebelum menyelongkar keseluruhan isi kandungan tulisan ini, para pembaca juga diberikan pilihan untuk merujuk kepada bahagian "Isi Kandungan". Ini memberi mereka gambaran keseluruhan mengenai pokok-pokok perbincangan yang akan dijelaskan dalam tulisan tersebut. Dengan cara ini, pembaca dapat membuat perancangan bacaan yang lebih sistematik dan efektif, serta memahami konteks tulisan sebelum merespon secara mendalam.

Surah Tentang Akhlak (Ayat Berkaitan dengan Akhlak)

Surah Al-Baqarah: 83

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَـٰقَ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا ٱللَّهَ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَانًۭا وَذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَقُولُوا۟ لِلنَّاسِ حُسْنًۭا وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ إِلَّا قَلِيلًۭا مِّنكُمْ وَأَنتُم مُّعْرِضُونَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Surah Al-Mulk: 29

قُلْ هُوَ ٱلرَّحْمَـٰنُ ءَامَنَّا بِهِۦ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا ۖ فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِى ضَلَـٰلٍۢ مُّبِينٍۢ

Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".

Surah Al-Baqarah: 45

وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَـٰشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Surah Al Baqarah: 152-153

فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ


[152] Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). [153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

Surah Al-A’raf: 199


خُذِ ٱلْعَفْوَ وَأْمُرْ بِٱلْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْجَـٰهِلِينَ

Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).

Surah Al-'Ankabût: 45


ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Surah Al-Anbiya’: 83


وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

Surah Yusuf: 87

يَـٰبَنِىَّ ٱذْهَبُوا۟ فَتَحَسَّسُوا۟ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَا۟يْـَٔسُوا۟ مِن رَّوْحِ ٱللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ لَا يَا۟يْـَٔسُ مِن رَّوْحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْقَوْمُ ٱلْكَـٰفِرُونَ

Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

Penutup

Oleh itu, melalui laman ini, kita dapat meraih pemahaman mengenai Surah-Surah yang berkaitan dengan Akhlak dalam Al-Quran. Kehadiran maklumat ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar dalam memperluas pemahaman kita. 

Surah Tentang Bisnes (Perniagaan)

Surah Tentang Bersyukur

Surah Tentang Berpikir Kritis

 

Surah Tentang Berbakti Kepada Orang Tua (Birrul Walidain) 

Surah Tentang Aurat

Surah Tentang Asmaul Husana 

Surah Tentang Aqidah 

Surah Tentang Anak Yatim

Surah Tentang Alam Sekitar

Surah Tentang Akhlak 

close