Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Surah Al-Fajr Rumi dan Maksudnya

Surah Al-Fajr Rumi dan Maksudnya

ISLAM MALAYSIA COM - Tulisan ini mengandungi transliterasi Rumi Surah Al-Fajr beserta maksudnya. Selamat membaca, semoga memberi manfaat.

Surah Al-Fajr Rumi (Transliterasi)

1. Wal-fajr
2. Wa layālin ‘asyr
3. Wasy-syaf’i wal-watr
4. Wal-laili iżā yasr
5. Hal fī żālika qasamul liżī ḥijr
6. A lam tara kaifa fa’ala rabbuka bi’ād
7. Irama żātil-‘imād
8. Allatī lam yukhlaq miṡluhā fil-bilād
9. Wa ṡamụdallażīna jābuṣ-ṣakhra bil-wād
10. Wa fir’auna żil-autād
11. Allażīna ṭagau fil-bilād
12. Fa akṡarụ fīhal-fasād
13. Fa ṣabba ‘alaihim rabbuka sauṭa ‘ażāb
14. Inna rabbaka labil-mirṣād
15. Fa ammal-insānu iżā mabtalāhu rabbuhụ fa akramahụ wa na”amahụ fa yaqụlu rabbī akraman
16. Wa ammā iżā mabtalāhu fa qadara ‘alaihi rizqahụ fa yaqụlu rabbī ahānan
17. Kallā bal lā tukrimụnal-yatīm
18. Wa lā tahāḍḍụna ‘alā ṭa’āmil-miskīn
19. Wa ta`kulụnat-turāṡa aklal lammā
20. Wa tuḥibbụnal-māla ḥubban jammā
21. Kallā iżā dukkatil-arḍu dakkan dakkā
22. Wa jā`a rabbuka wal-malaku ṣaffan ṣaffā
23. Wa jī`a yauma`iżim bijahannama yauma`iżiy yatażakkarul-insānu wa annā lahuż-żikrā
24. Yaqụlu yā laitanī qaddamtu liḥayātī
25. Fa yauma`iżil lā yu’ażżibu ‘ażābahū aḥad
26. Wa lā yụṡiqu waṡāqahū aḥad
27. Yā ayyatuhan-nafsul-muṭma`innah
28. Irji’ī ilā rabbiki rāḍiyatam marḍiyyah
29. Fadkhulī fī ‘ibādī
30. Wadkhulī jannatī

Maksud Surah Al-Fajr (Terjemahan Melayu)


1. Demi waktu fajar;
2. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
3. Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
4. Dan malam, apabila ia berlalu;
5. Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
6. (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
7. Iaitu penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)
8. Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?
9. Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
10. Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?
11. (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
12. Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
13. Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
14. Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
15. (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”
16. Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”
17. Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
18. Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;
19. Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
20. Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
21. Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
22. Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
23. Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
24. Ia akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!”
25. Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.
26. Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.
27. (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
28. “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !
29. “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
30. “Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “

 

 


close