Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maksud Solat Sunat Aidilfitri


ISLAM MALAYSIA COM - Tulisan ini memberikan penerangan tentang solat sunat Aidilfitri secara menyeluruh. Oleh itu, sila baca dengan teliti untuk mengelakkan kekeliruan.

Maksud Solat Sunat Aidilfitri

Solat Sunat Aidilfitri merupakan solat yang disyariatkan ke atas setiap umat Islam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. Waktu solat sunat Aidilfitri adalah di antara terbitnya matahari sehingga tergelincir matahari, iaitu sebelum masuknya waktu zuhur. Solat ini dilakukan dua rakaat dan hukumnya sunat muakkad, yang bermaksud sangat dituntut dalam Islam.

 Berikut adalah panduan untuk melaksanakan solat sunat Aidilfitri:

1. Persiapan Sebelum Solat:

  • Disunatkan mandi.
  • Sunat makan sebelum menunaikan sembahyang, lebih utama dengan tamar dan bilangan ganjil.
  • Tidak makruh sembahyang sunat sebelumnya selepas naik matahari.
  • Sunat menghidupkan malam raya dengan ibadah.

2. Pelaksanaan Solat:

  • Solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan di rumah masing-masing tanpa khutbah, atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian.
  • Hanya dibenarkan berjemaah dalam kalangan ahli keluarga dalam rumah sahaja.

3. Waktu Pelaksanaan:

  • Solat dilakukan di antara terbitnya matahari dan tergelincirnya pada hari raya tersebut.
  • Waktu terbaik adalah ketika matahari telah naik dengan kadar segalah atau dua galah (sekitar 30 minit selepas matahari terbit).

4. Takbir:

  • Takbir Dua Hari Raya terbahagi kepada dua bahagian: Takbir Mursal (selepas solat) dan Takbir Muqayyad (setelah selesai solat).
  • Sunat bertakbir di rumah-rumah, di jalan-jalan, di pasar-pasar, dan di kawasan lapang dan terbuka.

close